Sunday, November 29, 2009

Balik Kampung

Sudah dua hari aku di Kuala Terengganu. Pada Aidiladha semalam, cuaca begitu cerah. Suasana hariraya korban agak menceriakan. Kebetulan hariraya aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Jadi banyak jamuan hasil korban diadakan selepas waktu solat Jumaat. Boleh tahan juga menikmati jamuan tersebut.


Wednesday, November 18, 2009

Rubik’s cube

Rubik’s cube just in front of me. Tired after a few tries but still can’t resolve it. My son, Zul Afkar is an expert and very passionate on this. He gave me some clue how to solve it before he went back to hostel last weekend. Still i can’t get it done – only three quarter through. I think I will keep trying but on my own pace…no urgent and need to find time for it. I think 10 minutes a day for it just nice. Enough to put some challenge to my brain.

Few little things I am doing on a slow pace besides rubik’s cube. I try to get it consistent. Chess is another thing. I am nor no good at chess neither have plan to be the world master. Enough to push my mind to think beyond my day to day comfort zone and to provide challenge to solve the problem. Anyway I know the basic of the game. Thanks to the computer and online game. It provides me opportunity to play without bothering other people. At least I don’t drop my face when I lost to the machine or to those whom I never known before. One game a day is good enough to keep brain working.

Another one is to keep up with this writing. My wish is to keep writing five to ten minutes a day and keep writing. The challenge is always lack of things to write. I always struggle to get something to write. Anyway I just write. Thanks to my dear wife who always eager to read my writing – and proud of her as well. Her courage to learn IT and computer is astounding. Now, she is very good at it.

Till next time…

Saturday, November 7, 2009

Musim banjir datang lagi…

Sebagai orang Terengganu, musim banjir atau musim tengkujuh yang datangnya sekali setahun membawa banyak makna dan kenangan. Walaupun sudah bertahun bermastautin di ibukota, tetapi hati masih tetap di kampung halaman. Maklumlah, kata orang tempat jatuh lagi dikenang.

Aku dibesarkan di Serada, sebuah kampung terletak lebih kurang 20 km dari Kuala Terengganu. Kampung aku ni betul-betul terletak di tepi sungai Terengganu. Sungai Terengganu yang indah inilah yang banyak mempunyai kenangan yang manis sepanjang kehidupan kanak-kanak aku. Walaupun kini keadaan mungkin berubah, tetapi kenangan indah itu masih kekal diingatan.

Dimusim hujan seperti sekarang ini, ditambah lagi selalunya bertembung dengan waktu cuti akhir tahun sekolah, itulah saat yang ditunggu-tunggu. Kawan sekampung, Manaf, Ril (Zamri), Mahadi (Allahyarham) dan ramai lagi rakan sebaya menanti-nanti saat begini. Kami melihat sungai dan air melimpah tu bagaikan taman permainan. Apa tidak, sudah terbayang bagaimana seronoknya bermain dengan air dan memulakan projek memukat ikan. Sebenar bukan soal ikan yang penting tetapi berjam-jam didalam air dan didalam perahu, itulah yang menyeronokkan.

Sesudah menahan pukat, kami mungkin mengail pula. Aduh! Bila saja joran kail rasa bergegar macam terkena current letrik, bukan main seronok lagi. Tambah lagi musim banjir beginilah, bila memancing tu asyik mengena saja. Agaknya ikan kelaparan. Kekadang tu aku tak sedarpun, dengan asyik memancing, aku juga kelaparan.

Tapi, ada satu yang tak berapa seronok. Emak aku memang orang yang paling strict dengan soal-soal main di sungai, tambah lagi dimusim-musim air “besar” macam ini. Yang pelik tu, dia pula tahu kat mana nak cari aku – macam ada terlekat GPS navigator kat tubuh badan aku. Silap-silap hari, tak sempat aku nak memasang umpan kail aku, terdengar nama aku dipanggil dan nampak dari jauh emak aku dengan rotan keramat digenggamannya. Dikala itu, tahulah aku bagaimana hari yang bahagia aku berakhir… 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails