Sunday, November 4, 2012

AES– antara aku dan dia

Hari Jumaat lepas, aku dalam perjalanan pulang dari Port Dickson, menghampiri sisir keluar ke Tol Kajang, AES alert pada iPhone berbunyi dan aku mempastikan kelajuan dibawah had limit. Menghampiri sisir keluar tersebut kelihatan dari jauh kamera tercacak ditepi lebuhraya.

Betul-betul aku berada dihadapan kamera, mungkin tersenyum “cheese” dengan dua jari “peace”, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang memotong kereta aku dan sudah tentu kelajuannya melebihi had limit. Kamera aktivated. Cahaya lampu flash dari kamera AES bagai kilat, menangkap gambar. Sudah pasti gambar kereta aku tertangkap sama.

Terfikir aku, bagaimana ya kalau kamera itu tidak dapat membezakan kelajuan kereta aku dan kereta yang satu lagi yang memotong kereta aku tadi – masalah juga aku nanti. Ini menambahkan lagi koleksi surat-surat saman.

Aku harap kamera AES ini cukup “intelligent” untuk membezakan pemandu berhemah seperti aku ini dan pemandu “dajal” seperti dia.

Thursday, June 14, 2012

Promosi cara bertutur bahasa Melayu yang baik

“… pemakaian lisan bahasa Melayu amat membimbangkan pada masa sekarang.” Satu kenyataan yang saya petik daripada sebuah akhbar harian Utusan Malaysia hari ini. Penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dikalangan golongan muda semakin merosot.

Saya sependapat dengan kenyataan ini. Cuma tertanya-tanya kepada diri sendiri sebab-sebab yang membawa kepada keadaan sedemikian. Merujuk kepada laporan akhbar yang sama, bahasa Melayu sudahpun disenaraikan sebagai warisan negara di dalam Akta Warisan,  Namun, terletaknya bahasa Melayu didalam senarai tersebut tidak menjamin ataupun tidak menjadikan bahasa Melayu yang betul akan diguna-pakai.

Untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, kerajaan bersama dengan agensi dan NGO tertentu akan mengadakan promosi supaya orang ramai menggunakan bahasa dengan betul. Namun tidak pula dilaporkan apa bentuk promosi yang akan dijalankan.

Bahasa Melayu, di negara orang Melayu, majoritinya orang Melayu, bahasanya diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan juga disenaraikan sebagai warisan negara, telah diguna pakai semenjak berzaman, tetapi kini menghadapi masalah penggunaan dalam pertuturan secara yang tidak betul. Apa lagi yang boleh kita perkatakan? Siapa yang kita hendak persalahkan?

Semua orang boleh bertanya dan mempersoalkan perkara sedemikian. Hakikatnya berbalik kepada pewarisnya iaitu kita orang Melayu. Perubahan zaman mungkin merubah keadaan. Kata orang bahasa perlu berubah mengikut keperluan zaman. Teknologi baru diperkenalkan terutamannya ICT dan media komunikasi seperti telefon bimbit dan tablet. Juga aplikasi Internet yang bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mempengaruhi cara berkomunikasi. Pendek kata, sekira kita hendak ambil kira alasan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, satu gunung alasan boleh kita kumpulkan dan berbagai pihak mungkin dipersalahkan.

Sebenarnya tidak perlu berbuat sedemikian. Keputusannya ditangan kita. Kita adalah penggunanya. Oleh yang demikian, sekiranya bahasa salah penggunaan, atau tidak digunakan langsung didalam sebarang urusan, hakikatnya kita sendiri yang menentukan.

Jadi untuk membetulkan keadaan, keadaan itu adalah kita. Oleh itu betulkan diri kita sendiri terlebih dahulu……

Friday, April 20, 2012

Hilang sudah moral dan kemanusiaan?

Tidak selalu saya membaca sebuah akhbar Melayu yang selalunya membawa berita sensasi yang agak panas. Kebetulan sebelum masuk tidur, saya sempat melayari ebrowse, akhbar digital online, dan membelek-belek akhbar tersebut.
Pada satu paparan, headline bertajuk “Jual bayi di bar” dan lagi satu bertajuk “Ibu dagang zuriat cacat.” Aduh, terasa kasihan kepada bayi-bayi tersebut. Anak siapakah yang dicoleknya? Apa pula perasaan ibubapa bayi tersebut yang kehilangan bayi tersayang. Macamana pula abang dan kakak mereka. Sudah tentu hiba dan sayu dengan kehilangan adik mereka yang masih bayi.
Betapa rendahnya martabat mereka yang bergelar manusia ini tetapi sanggup melakukan perkara sedemikian. Dari laporan itu, satu kes melibatkan rakyat Myanmar dan satu kes lagi melibatkan seorang ibu rakyat tempatan. Mereka yang terlibat dalam kedua-dua kes ini ditangkap oleh pihak berkuasa.
Bukan tujuan saya untuk mengupas kejadian atau kes ini, tetapi sekadar melepaskan rasa marah dan geram kepada mereka yang terlibat. Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mereka, sekiranya tidak tertangkap, sudah tentu mengaut keuntungan beribu ringgit.
Bila duit semata menjadi pegangan dan tujuan, halal dan haram bukan lagi sempadan, maka tidak apa lagi yang membatas kelakuan dan tindakan seseorang. Mereka sanggup mempedagangkan apa saja dan sanggup menggadai kasih-sayang yang sebenarnya tidak dapat dibayar dengan sebarang harga wang ringgit.
Selamat malam.

Thursday, March 8, 2012

Another Day

Another day went by without making me closer to my dream. Oh no, I need to be more person of integrity to myself and to my promise. May Allah give me strength!

Monday, November 28, 2011

Awal dan akhir

Tahun baru hijri 1433 kita sambut dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Kita berdoa agar dosa kita yang lepas diampunkan Allah swt. Kita berdoa agar kita dilindungi dari Syaitan yang direjam. Juga kita berdoa dijauhi dari sifat amarah dan mengikut hawa nafsu semata.

Kita renungkan bersama. Setahun akan datang adalah perjalanan yang masih jauh. Ada diantara kita yang dipanjangkan umur maka akan tiba dipenghujung tahun. Ada antara kita yang akan dijemput Allah lebih awal sebelum hujung tahun.

Namun dimana saja perhentian kita, sepanjang perjalan kita ini mengharapkan keampunan Allah agar kita mati dalam iman. Sekiranya dengan rezeki kurniaannya kita dipanjangkan umur kita memohon diberi hidayah agar sentiasa berada dibawah petunjuk dan hidayahNya. Semoga diberi kekuatan iman dan dilindungi dari syaitan yang direjam dan kuncu-kuncu.

Friday, October 28, 2011

Hujan o hujan…

Hujan lebat diluar sana. Nak keluar sekarangpun lebuhraya sesak teruk. Biarlah saya tunggu ke pejabat sementara semuanya reda. Sekurang-kurangnya dapat blogging sekejap.

Setiap petang tidak pernah tidak hujan dan ribut petir akhir-akhir ini. Setiap kali hujan, jalan sesak dan tak guna sama-sama menyesakkan lagi jalan yang sudah sesak tu. Dalam keadaan begini, bagi saya lebih baik ber”internet” dipejabat ataupun bermukabuku.

Sebenarnya ada ke manafaat bermukabuku ni? Mungkin soalan ini terlalu umum. Jawapannya boleh jadi juga berbentuk umum. Mungkin jawabnya “ya” dan juga “tidak” – bergantunglah apa tujuan.

Facebook atau mukabuku ini bila mula-mula dicipta, ia tidaklah bertujuan menerima pengguna sehingga mencapai lebih setengah billion! Ia merupakan satu fenomena sejagat yang amat payah untuk kita temui lagi. Kenyataan ini mungkin salah pada masa akan datang kerana didunia siber kita berurusan dengan atom dan neuron. Siapa tahu apa lagi fenomena yang tidak pernah kita bayangkan akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu kita mesti berfikiran terbuka.

Apa sebenarnya yang saya nak bercerita di sini? Facebook memang satu fenomena. Mungkin sebelum ini ada juga sosial media yang dibangunkan dan beroperasi seumpanya, namun satu demi satu telah tutup kedai ataupun hidup segan, mati tak mahu. Facebook masih tetap utuh.

Kedatangan Google+ cuba mencabar kedudukan Facebook. Ada beberapa idea baru diperkenalkan oleh Google dan selepas itu diperkenalkan juga oleh Facebook. Kini persaingan sengit sedang berlaku. Kedua pihak cuba menawan hati pengguna dengan berbagai-bagai idea baru.

Biarlah kedua-dua mereka bergelut untuk survival mereka. Yang penting bagi kita, manafaat mesti digunakan sepenuhnya.

"blog as you walk"

Itu nama sofwer yang saya download dari appstore. Ianya percuma untuk lite version. Memadai untuk menulis blog yang jarang-jarang sekali seperti saya.

Menarik nama sofwer ini. Menulis blog sambil berjalan. Setakat saya masih belum menulis sambilberjalan. Yang pasti keyboard Iphone terlalu kecil untuk menaip sambil berjalan. Satu alasan yang baik kenapa saya tidak kemaskinikan blog setiap hari.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails