Saturday, November 6, 2010

Ya, ada apa-apa ke?

Cuti yang panjang hujung minggu memberi peluang untuk saya berceloteh lagi. Namun tidak ada spesifik idea untuk dituliskan. Maka dengan itu bila melhat kembali beberapa hari dan minggu kebelakang, ada banyak kisah dan tajuk boleh kita keutarakan. Keputusan pilihanraya Galas dan Batu Sapi sudah diumumkan dengan kemenangan (cemerlang?) calon-calon BN. Adakah keputusan tersebut mencermin pengaruh politik semasa dan mood PRU akan datang. Saya bukan penganalisa politik untuk menterjemahkan dan menganalisakannya. Melihat kepada komen semasa, ada pihak yang berpuas hati dan menyambut dengan sorak gembira. Disatu pihak yan lain, mereka ingin menebusnya di PRU akan datang. Bagi ahli-ahli politik ini, kita perlu ingatkan, jangan menang jadi arang, kalah jadi abu (betul ke peribahasa saya ni?).

Berita kemalangan maut tidak putus-putus kebelakangan ini. Kemalangan maut di jalan raya dan lebuh raya bagi kita rakyat Malaysia adalah sesuatu yang begitu membimbangkan. saban hari di dada-dada akhbar ditatap berita-berita kemalangan maut yang ngeri. Berita tu mungkin rated 18SG (Seram Ganas) kalau ianya wayang gambar.

Bagi setengah pihak, isu ini agak bermusim (seasonal). Musim perayaan dan balik kampung ia akan ketara. Walaupun begitu kali ini ia diluar musim. Kemalangan ini tidak mengira samada lebuh raya kelas satu atau tidak kelas. Bercakap tentang siapa sebenarnya pihak bertanggungjawab tentang hal-hal keselamatan di jalanraya, masing-masing akan bercakap perihal bidang masing-masing sahaja sehinggakan ada pemandu bas yang membawa penumpang merentas beberapa buah sempadan negeri, melalui beberapa lebuh raya tidak siapapun mengendahkannya. Sehinggalah pemandu tersebut terlibat dengan kemalangan maut barulah ada pihak yang tergadah!

Kita rakyat Malaysia patu rasa janggal dan malu dengan sikap dan pemikiran ini. Perkara sebegini adalah terlalu asas untuk dibincangkan diperingkat umum mahupun sehigga diperingkat kabinet dan menteri. Saya rasa kalau ditanya budak sekolah darjah satu, mereka pun boleh soal semula “Kenapa bagi pakcik driver bas tu memandu kalau tak ada lesen?”. Siapa yang tahu pemandu tu ada lesen atau tak ada lesen sudah tentu orang yang mengambilnya bekerja atau lain cakap, pengusaha bas itu sendiri. Kalau pegawainya atau taukehnya tidak ambil hal tentang itu semua, maka jelaslah, yang penting bagi mereka bukan soal tanggungjawab keselamatan penumpang, tetapi soal berapa banyak duit masuk ke poket.

Kearah manakah kita ini…. sama-sama kita fikirkan!

Sebelum saya tersasul lebih banyak, lebih baik saya berhenti di sini dulu. Jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails