Tuesday, September 18, 2018

Cicak yang bertamu

Saiful Jusoh shared a photo with you from the Flickr app. Check it out: https://www.flickr.com/gp/saiful/6n4Z52


Sedang saya bersihkan laman rumah di suatu pagi, ternampak cicak ini terselit mengendap diantara daun-daun di celah dahan. Sempat saya keluarkan handphone dan snap foto ini. Lama juga cicak ini melekat pada hujung dahan itu seolah-olah bergaya di depan kamera.

Kadang-kadang terfikir juga 
berapa lama lagi boleh kita melihat fauna dan flora seumpama ini di halaman-halaman apabila semakin hari kawasan_kawasan hijau semakin berkurangan. 

Saya masih bernasib baik masih dapat melihat kehijauan di sekeliling walaupun ada tetamu yang tidak di undang seperti monyet dan binatang lain pun kelihatan. Pokok buahan yang ditanam sekeliling rumah - rambutan, nangka - jarang dapat rasa hasil kerana mereka ini terlebih dahulu berpesta dan menjamu. Namun tidak jadi hal kerana memang itu rezeki mereka.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails