Wednesday, July 20, 2011

Tak ke sekolah

Hari ini tak ke sekolah lagi. Sudah terlalu kerap Syahmi tidak hadir ke sekolah. Minggu lepas dua hari dia tidak hadir. Minggu yang sudah-sudah tidak terkira. Pendek kata banyak hari yang tidak hadir.

Doktor mengesahkan bahawa dia mempunyai benign vertigo. Ia adalah berkaitan masalah dengan tulang dalam telinga menyebabkan sistem imbangan badan terganggu. Ini menyebabkan pesakit rasa pening dan berpusing seperti mabuk laut. Bila vertigo datang, dia akan muntah2 dan hanya boleh berbaring saja.

Menurut doktor penyakit ini boleh disembuhkan. Namun ia mengambil masa. Syahmi kini masih dalam perubatan. Fisio juga dilakukan. Harap dan doa supaya Syahmi sembuh dan kembali aktif seperti sediakala.

Saturday, July 16, 2011

Kemaskini dari mobil phone

Aku masih menyesuaikan diri dengan menaip dihujung jari di atas skrin. Tidak ada penanda dihujung jari sebagai panduan. Semua disentuh ssma saja rasa Menyiapkan satu para pun meletihkan pergelangan tangan. Namun biarlah aku teruskan juga ... Dalam mengantuk.

Friday, July 15, 2011

Malam yang tenang…

Hanya saya dan bunyi dengungan kipas pada waktu begini. Saya masih di depan notebook sambil menatap kerja-kerja yang perlu dibereskan sebelum melelapkan mata. 

Afkar baru saja bertolak dari Merbok, Kedah pada pukul 12 tengah malam sebentar tadi. Lebihkurang lima jam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur. Masih terfikir-fikir jam berapa saya perlu bertolak dari rumah untuk mengambilnya di stesen bas Jalan Duta. Sekarang jam sudah hampir dua pagi. Hanya beberapa jam lagi untuk saya pergi mengambilnya.

Tak mengapalah. Sudah beberapa minggu beliau di asrama. Kami semua merinduinya. Adik-beradiknya tentulah lagi. Tidak sabar lagi berjumpa beliau. Apa pulak ceritanya kali ini. Yang pasti tentu pasal insiden beliau kantoi dengan guru di asrama. Handphone yang baru dibeli tidak sampai sebulan di temui oleh gurunya. Kini dalam simpanan sebagai barang rampasan. Ia hanya boleh dituntut semula selepas keluar dari sekolah setelah tamat SPM. Itu namanya risiko. Buat masa ini tidak akan ada handphone baru sehingga fikiran abah bertukar.

Nampak dah kena lelapkan mata sebelum keluar mengambil beliau lagi tiga jam!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails