Friday, September 2, 2011

Merdeka Raya

Selamat menyambut hari merdeka yang jatuh pada hari raya kedua. Raya dan merdeka mempunyai sinonim yang rapat. Kita merayakan kemerdekaan. Kita merdeka dari cengkaman penjajah dan kita merdeka dari belenggu hawa nafsu.

Cengkaman penjajah yang menyekat kita dari kebebasan berpolitik dan kebebasan berfikir serta menyuarakan pendapat. Kita tidak bebas melakukan apa yang kita ingin lakukan yang mungkin bercanggah dengan kepentingan pihak penjajah.

Cengkaman nafsu yang mendorong kearah maksiat. Memporak-perandakan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat sekiranya cengkaman nafsu tidak dikawal dan diuruskan dengan kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi.

Kita merayakan kemerdekaan dari cengkaman penjajah. Tanahair tempat tumpahnya darah kita dijajah selama lebih 500 tahun. Harta kekayaan diangkut dan dicuri. Anak pribumi diabaikan atau hanya cukup sekadar jadi petani di sawah atau peon pejabat sahaja. Fikiran dicengkam dengan label sebagai pemalas dan tidak berupaya untuk melangkah jauh dari itu.

Penjajah gerun kepada kekuasaan dan kekuatan anak Melayu sekiranya fikiran dan intelektual mereka diangkat. Mereka pasti ditentang dan diusir bagai menghalau anjing liar. Pemimpin kita sedar pada hakikat itu. Penjajah akhirnya keluar dari tanahair kita. Kemerdekaan politik tercapai sudah pada 31 Ogos 1957.

Merdeka pada 1 Syawal membawa konotasi yang berbeza walaupun sinonim. Kita merdeka dari cengkaman hawa nafsu yang bermaharajalela dalam diri kita. Sebulan kita dilatih dengan sifat sabar didalam menjauhi perkara maksiat mahupun perkara halal tetapi ditegah dari melakukannya pada siang hari dibulan puasa. Kita dilatih untuk bersabar walaupun letih dalam mengerjakan ibadat. Ganjaran ibadat ditambah berlipat ganda berbanding ibadat yang sama sekira dilakukan diluar bulan puasa.

Hari Raya hari kemenangan melawan hawa nafsu. Sebulan dibulan Ramadhan sebagai gelanggang latihan. Kini kita berada didunia sebenar. Ujian dan cabaran menduga keimanan. Keberkesanan amalan dibulan Ramadan menentukan bagaimana teguh dan jitu untuk kita hadapi dugaanNya ...
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails