Namanya si Comot, mungkin sedikit sebanyak menggambarkan warna bulu celorengnya. Perangainya tidak secomot namanya, begitu manja sekali. Sekarang Comot sudah tiada lagi. Kehilangannya menjadi misteri. Kehadiran “cucu”nya yang baru lahir pula akan mengambil tempat di rumah kami.
Masa yang berlalu tidak akan kembali. Masa yang akan datang masih belum pasti. Kita hargai detik ini, kita amati ketika ini, kita selami saat ini - penitian masa begitu bermakna dan berharga untuk ditinggalkan begitu saja. Ianya lebih bermakna sekiranya dirakamkan dan diambil pengajaran. Sama-sama kita menitinya...This is it, we cherish every moment of it!
Tuesday, November 21, 2017
Monday, May 1, 2017
Durian Belanda
Sudah masak tapi belum ranum, dan elok-elok untuk dimakan. Rasanya masam-masam manis dengan isi yang tidak begitu lembik. Itulah durian belanda. Lazat dan kaya dengan khasiat. Kata orang tinggi dengan kandungan anti-oksidan dan baik untuk mengelak dari kanser. Aku begitu arif bab kanser ini. Aku cuma arif bab makan je..
Macamana buah ini ada di Malaysia tetapi Belanda dapat nama. Pelik juga. Begitu juga dengan ayam belanda dan tikus belanda, Dari mana datangnya belanda aku pun tidak tahu. Orang dulu-dulu minat betul dengan benda-benda belanda ni. Tak kisahlah asalkan aku tak jadi macam Belanda dapat tanah cukuplah.
Wednesday, April 26, 2017
Breakfast like a king!
Kata orang untuk sihat ambil sarapan macam raja... Take breakfast like a king! Betul ke quote aku ni? Tapi ini bukannya breakfast yang aku ambil pada hari ini.
Pagi ini aku macam-macam perkara nak dilakukan. Tak tahu mana satu nak dibuat dulu. Habis-habis buka tablet dan menulis pada blog ini. Ok juga sebab blog ini dah basi lama tak ada cerita baru.
Cerita yang ada banyak. Ada cerita politik. Ada cerita business. Ada cerita tentang gelagat orang. Tapi aku suka cerita tu semua. Biarlah cerita-cerita tersebut aku simpan dalam hati. Kalau diluahkan di sini nanti tersentuh ramai orang. Silap-silap kena marah. Ini jauh dari tujuan aku berceloteh di sini. Aku nak biar perkongsian menjadi sesuatu yang bermanafaat.
Pada umur yang sudah penghujung dalam karier makan gaji, fikiranku banyak berligar-ligar tentang keadaan selepas keluar dari alam pekerjaan. Alhamdulillah, aku ada perancangan sendiri. Aku jadikan sebagai safety net atau jaringan keselamatan dari segi kewangan. Sekiranya tidak berbuat sesuatu dan berharap kepada nasib semata yang menentukan sudah tentu masa hadapan sukar. Aku tidak mahu berlaku macam itu. Aku percaya semua orang pun tidak mahu perkara tersebut berlaku pada diri masing-masing.
Dalam ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga barangan harian pengguna tidak pernah turun walaupun harga minyak turun. Harga barang ini bila naik, dia dah tak turun-turun lagi. Keadaan macam ini memaksa kita pengguna jadi bijak berbelanja dan menjadi "pengguna professional". Paling bijak bila kita berbelanja, kita hendak untung. Bukan taukeh supermarket saja dapat untuk tetapi kalau boleh kita mahu berkongsi untung. Bila shopping, bukan saja kita dapat bawa balik barangan, malah dapat pulangan dalam bentuk wang juga. Bukan sekadar dapat voucher RM10 selepas berbelanja beratus ringgit, tetapi kita boleh dapat lebih dari itu.
Bunyi macam kelakar tetapi trend masa kini bergerak kearah era Prosumer atau pun Producer-Consumer. Konsep ini dibincang di dalam buku yang ditulis oleh Bill Quain PhD - .http://a.co/itj6P1o - bertajuk Pro-sumer Power. Buku ini menekankan pentingnya untuk membina perniagaan sendiri dan beli dari syarikat sendiri. Kita mempromosi syarikat sendiri dan bukannya syarikat orang lain. Buku ini juga membuka mata kita kepada bagaimana syarikat-syarikat besar menggunakan kaedah-kaedah pemasaran yang "cerdik" bagi menarik perhatian kita sebagai pengguna dan membeli dari syarikat mereka. Tidak salah dengan cara mereka. Namun kita mesti lebih cerdik dari mereka supaya kita juga dapat sama-sama menjana keuntungan.
Pendekata, untuk menjadi pengguna yang bijak kita kena berubah daripada sekadar customer kepada Pro-sumer!
Subscribe to:
Posts (Atom)