Friday, April 2, 2010

Bezakan daging ayam dan babi

Penyelidikan begini sudah tentu banyak membantu orang Islam membezakan daging ayam dan daging babi. Semoga penyelidikan seumpama ini dibanyakkan lagi terutamanya yang melibatkan makanan halal dan haram.

Bagaimanapun yang sama penting dengan penyelidikan adalah bagaimana hasil penemuan ini boleh di komesialkan dan boleh digunakan oleh pengguna. Tidak ada gunanya hasil penyelidikan yang bagus dan canggih tetapi tidak ada saluran pasaran yang sesuai untuk disalurkan kepada pengguna. Sekiranya itu yang berlaku, ia merupakan kerugian yang begitu besar.

Selain daripada pasaran yang baik, produk ini hendaklah mudah digunakan oleh pengguna. Dengan kaedah yang mudah, semua orang boleh menggunakannya. Oleh itu lebih ramai orang Islam yang boleh memanafaatkannya.

Harganya sudah tentu perlu sesuai dengan pasaran dan keadaan semasa. kalau harga tinggi, sudah tentu tidak ramai yang boleh memanafaat. Pendekata, kita masih berharap penemuan baru ini akan berada dipasaran secepat mungkin.

in reference to:

"Penyelidik USM temui kaedah beza daging ayam dan babi 2010/04/01 GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan “ribose”. Menerusi kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut."
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenyelidikUSMtemuikaedahbezadagingayamdanbabi/Article (view on Google Sidewiki)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails