Aduh! Sampai bilakan "pemimpin-pemimpin" nak bertengkar perkara yang remeh macam ini. Malaysia dahulu, Melayu dahulu, atau siapa dahulu - bukan ke kita ni memang rakyat Malaysia, kenapa nak tanya persoal yang sedemikian.
Ini semua mainan politik - yang memang saban hari bersilat dan berkungfu lidah - dan selalunya tidak membawa makna apa-apa. Hanya sekadar bermain dengan emosi dan kadang-kala membakar emosi.
Saya bukannya orang politik. Saya hanya setiap lima tahun sekali keluar mengundi. Semenjak umur layak mengundi, saya memang tidak mensia-siakan hak mengundi. Lebih dari itu saya tidak pun berminat hendak tahu awak lebih Malaysia atau lebih Melayu, atau lebih mana-mana kaum dan bangsa.
Semua kenalan saya, samada dari apa bangsa dan kaum yang ada di Malaysia, kami tidak pernah bertanya "awak apa lebih?" Yang pasti dimana juga kami tetap berganding bahu dan bekerjasama - samada dipejabat mahupun ketika diluar pejabat.
Sakit hati pun ada, marah pun ada pada ahli-ahli politik yang jenis ini - hanya membuang masa semua orang. Kalau nak bertengkar tu janganlah perkara yang kartun macam ni. Tidak ada bezanya macam budak sekolah rendah bertengkar berebut gula-gula terjumpa bawah meja - "Ini aku punya, bukan engkau punya!" Akhirnya kedua-dua dirotan cikgu.
Dalam pada itu, orang surat khabar apa lagi, mereka cuma kira nak mensensasikan berita dan melariskan lagi paper mereka. Kalau mula hanya dengan dua orang, selepas habis dipergi tanya seluruh Malaysia. Selepas ini mungkin ada golongan mereka yang membuat survey - maka bertambah sensasilah tajuk ini.
Sebenarnya tak perlupun nak besarkan perkara ini kerana ia hanya sepak-terajang orang politik semata.
Masa yang berlalu tidak akan kembali. Masa yang akan datang masih belum pasti. Kita hargai detik ini, kita amati ketika ini, kita selami saat ini - penitian masa begitu bermakna dan berharga untuk ditinggalkan begitu saja. Ianya lebih bermakna sekiranya dirakamkan dan diambil pengajaran. Sama-sama kita menitinya...This is it, we cherish every moment of it!