Friday, December 24, 2010

Harga Petrol dan Kita.

Harga petrol naik lagi. Saya rasa semua orang mengeluh mengenainya. Tidak lama selepas harga petrol naik, harga barang lain pun ikut jejak langkah yang sama. Senyap-senyap harga gula pun sudah naik. Di pasar harga sayur dan ikan juga naik sebab kedua-dua naik lori yang menggunakan petro untuk tiba di pasar. Itulah hakikatnya. Semua orang ada alasan tertentu untuk menaikkan harga.

Kita memandu kenderaan untuk pergi dan balik kerja, untuk balik kampung yang jauh mahupun yang dekat. Mungkin juga bersiar-siar menghirup udara bersih dengan keluarga pada waktu petang. Jalan yang kita lalui bukan semua menurun bukit supaya kita tidak perlu menghidupkan enjin kereta, tetapi turun dan naik bukit dan memerlukan kereta enjin berkuasa. Pendekata, kita memerlukan kenderaan yang berpetrol untuk tujuan tersebut. Baik harga minyak murah ataupun harga minyak mahal, bila jarum meter tangki petrol sudah tunjuk kearah tangki kosong,hati kita sudah berdebar bimbang kalau tidak sempat sampai ke stesen petrol berhampiraran. Kita akan singgah di stesen petrol untuk mengisi petrol.

Sekarang cuba kita bayangkan kehidupan kita pula. Semua orang, saya yakini, masing-masing mempunyai tujuan, impian dan angan-angan didalam kehidupan ini. Impian tersebut mungkin besar atapun kecil. Ada antara kita yang sudahpun mencapai impian dan kini sudah memulakan impian baru yang lebih besar dan lebih mencabar. Ada juga yang masih dalam perjalanan mengembara mengejar impian. Malah ramai juga yang tersadai ditepi lebuhraya kerana tidak cukup “petrol” untuk menyambung perjalanan yang masih jauh dalam mengejar impian.

Yang pasti, untuk mencapai impian, kita perlu mengisi “petrol” berbentuk motivasi dan inspirasi. Pakar-pakar motivasi menyebut kita mudah menjadi lemah psikologi. Kekuatan psikologi dalam mengejar impian perlu dibina dan diperkuatkan Bila seseorang cuba untuk menurun berat badan dengan ber”diet” dan gagal, mereka mengatakan program diet sebenarnya karut. Walhal program program diet, sekiranya mengikut kaedah-kaedah kesihatan yang betul,  adalah berkesan. Apa yang berlaku mereka tidak sanggup untuk mengikutinya kerana program tersebut memakan masa dan memerlukan motivisi yang tinggi.

Begitu juga dengan mereka yang ingin mencebur bidang baru umpamanya usahawan, jualan terus dan penulisan – tangki motivasi dan inspirasi mesti sentiasa diisi dan dipenuhi apabila penanda aras tangki sudah menghapiri label kosong. Motivasi dan inspirasi tidak bertahan lama. “Petrol” psikologi akan kekeringan dan mesti ditambah sebelum tangki kering. Bahan petrolnya adalah buku-buku motivasi. Melihat dan mengambil teladan kejayaan orang lain adalah petrol kepada inspirasi. Kata pakar motivasi, membaca buku motivasi dan aspirasi sekurang-kurang sepuluh minit setiap hari boleh mengekalkan tahap tangki petrol motivasi. Selalu berdampingan dengan orang yang berjaya dan menjadikan mereka sebagai “coach” seolah-olah menambah bahan additive petrol untuk menjadikan kereta lebih jauh perjalanan dan lebih berkuasa.

Jumpa lagi di stesen petrol motivasi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails