Saturday, February 26, 2011

Kitty

DSC_0240_741Kata anak perempuan kecil saya, “…tiba-tiba saja dia ada di rumah.” Dia terkejut bila melihat anak kucing berada di depan pintu rumah.

Keadaan yang begitu kurus, mengiau-ngiau dengan  perut kempis tanda kelaparan. Mungkin tidak makan selama sehari atau dua. Ia masih terlalu kecil untuk mencari makan sendiri. Biasa anak kucing sebesar ini masih menyusu dari emaknya. Kami tidak tahu dari mana dia datang dan dimana ibu kucing. Kesian!

Kitty, mungkin sesat, mungkin ibunya mati digigit anjing,  mungkin juga dicampak oleh sesiapa di depan rumah saya, atau seribu kemungkinan lain. Bila dijumpai, ianya lapar, tidak beribu, kotor dan berpenyakit kulit. Sesiapa yang menjumpai dan melihatnya dalam keadaan demikian tentu rasa tidak selesa dan tidak enak dipandang.

Di rumah kami sudah lama tidak memelihara binatang peliharaan – terutamanya atas sebab kesihatan. Namun begitu kali terakhir kami mempunyai kucing apabila saya membawa dua ekor anak kucing dari kampung. Ianya manja dan comel. Keluarga kami memang gemar dengan kucing, kecuali seorang yang geli dengan bulunya.

Bagaimanapun keadaan sekitar rumah saya tidak begitu sesuai dengan kucing. Ini kerana terlalu banyak anjing liar dan anjing peliharaan yang dilepaskan dipersekitran taman. Begitu menyakitkan hati namun itu yang perlu dihadapi. Dipendekkan cerita, kedua-duanya kini tidak ada lagi. Seekor darinya hilang secara misteri. Seekor lagi digigit anjing. Ia mati selepas beberapa hari insiden tersebut. Disebabkan oleh itu saya mengambil keputusan untuk tidak memelihara kucing lagi sehingga keadaan berubah atau saya berpindah ke kawasan yang lebih “pet friendly”.

Kini Kitty suda tiga minggu dalam peliharaan kami. Disebabkan ia masih kecil, terpaksa dimasukkan kedalam kurungan pada waktu malam kerana bimbang keselamatannya. Baby pet food pun sudah beberapa tin dihabiskan. Syampoo untuk kulit dan fur juga didapati dari pet store berdekatan. Saat dibersihkan mungkin paling ditakutinya. Keadaannya sekarang sudah lebih baik. Fur baru sudah kelihatan tumbuh semula. Harap ia pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Monday, February 21, 2011

2x60 minit tambahan

Pada awal bulan ini saya mula menaiki ERL (train) dengan lebih kerap bagi pergi dan balik pejabat. Rupa2 ianya begitu menyenangkan. Saya pun tidak tahu kenapa sebelum ini saya tidak menaikinya secara tetap. Mungkin dalam hati masih meragui kecekapan sistem pengangkutan awam.

Setelah menaiki ERL beberapa kali, saya yakin perkhidmatannya memang ada kelas! Jadual perjalan agak tetap. Kalau beza hanya beberapa minit sahaja. Itu cukup baik untuk saya. Saya akui bahawa saya bukanlah seorang yang sentiasa puntual. Penumpang tidak bersesak walaupun pada waktu puncak. Parking tidak perlu berebut dan berbumbung. Dengan harga tiket yang saya bayar, saya perlukan perkhidmatan yang memenuhi cita rasa saya.

Pada pandangan saya kebanyakan penumpang yang "commute" menggunakan transit ERL adalah dikalangan orang yang macam saya juga, malas memandu di jalan raya yang sesak. Kos petrol, tol, parking dan penat memadai untuk saya mengambil ERL.

Kini saya dapat kembali 2x60 minit yang hilang ketika memandu pergi dan balik pejabat. 120 minit tambahan dalam sehari sangat berharga untuk saya penuhi dengan pengisian yang berkualiti dan bermanafaat.

Sekarang, saya dalam perjalanan pulang dan menyudahkah catatan ini. Beberapa minit akan tiba di destinasi.

Jumpa lagi...
Via my BlackBerry® & visit me @ jsaiful.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails