Saturday, February 26, 2011

Kitty

DSC_0240_741Kata anak perempuan kecil saya, “…tiba-tiba saja dia ada di rumah.” Dia terkejut bila melihat anak kucing berada di depan pintu rumah.

Keadaan yang begitu kurus, mengiau-ngiau dengan  perut kempis tanda kelaparan. Mungkin tidak makan selama sehari atau dua. Ia masih terlalu kecil untuk mencari makan sendiri. Biasa anak kucing sebesar ini masih menyusu dari emaknya. Kami tidak tahu dari mana dia datang dan dimana ibu kucing. Kesian!

Kitty, mungkin sesat, mungkin ibunya mati digigit anjing,  mungkin juga dicampak oleh sesiapa di depan rumah saya, atau seribu kemungkinan lain. Bila dijumpai, ianya lapar, tidak beribu, kotor dan berpenyakit kulit. Sesiapa yang menjumpai dan melihatnya dalam keadaan demikian tentu rasa tidak selesa dan tidak enak dipandang.

Di rumah kami sudah lama tidak memelihara binatang peliharaan – terutamanya atas sebab kesihatan. Namun begitu kali terakhir kami mempunyai kucing apabila saya membawa dua ekor anak kucing dari kampung. Ianya manja dan comel. Keluarga kami memang gemar dengan kucing, kecuali seorang yang geli dengan bulunya.

Bagaimanapun keadaan sekitar rumah saya tidak begitu sesuai dengan kucing. Ini kerana terlalu banyak anjing liar dan anjing peliharaan yang dilepaskan dipersekitran taman. Begitu menyakitkan hati namun itu yang perlu dihadapi. Dipendekkan cerita, kedua-duanya kini tidak ada lagi. Seekor darinya hilang secara misteri. Seekor lagi digigit anjing. Ia mati selepas beberapa hari insiden tersebut. Disebabkan oleh itu saya mengambil keputusan untuk tidak memelihara kucing lagi sehingga keadaan berubah atau saya berpindah ke kawasan yang lebih “pet friendly”.

Kini Kitty suda tiga minggu dalam peliharaan kami. Disebabkan ia masih kecil, terpaksa dimasukkan kedalam kurungan pada waktu malam kerana bimbang keselamatannya. Baby pet food pun sudah beberapa tin dihabiskan. Syampoo untuk kulit dan fur juga didapati dari pet store berdekatan. Saat dibersihkan mungkin paling ditakutinya. Keadaannya sekarang sudah lebih baik. Fur baru sudah kelihatan tumbuh semula. Harap ia pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails