Sudah beberapa hari saya tidak melakukan exercise. Pada malam ini alhamdulillah, saya berjaya mencapai target. Sejumlah 100 kalori berjaya dibakar. Begitu lega dan selesa rasanya. Kalaulah dapat dilakukan pada setiap hari, betapa bagusnya.
Untuk menghilangkan 100 K hanya lebih kurang 30-40 minit menghayun kaki di atas cross training sahaja. Bukanlah satu usaha yang terlalu susah untuk dilakukan. Tetapi untuk melakukannya secara rutin setiap hari itulah yang susah. Menjadikannya sebagai satu rutin memang memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi.
Saya masih mencari-cari dan berusaha cara yang terbaik, termudah dan paling cepat untuk menjadikan aktiviti latihan ini sebagai sesuatu yang automatik dari dalam hati dan boleh dilakukan secara yang tidak ada paksaan. Walaupun paksaan itu adalah dari diri sendiri, namun itulah yang menyebabkan ianya dilakukan dengan tidak ada konsistensi.
Ramai pakar motivasi menekan bahawa sekira kita melakukan sesuatu perkara berturut-turut selama 21 hari, perkara dan kelakuan tersebut akan kekal didalam fikiran kita. Ia akan menjadi tabiat atau habit. Dari sudut bagaimana tindakbalas didalam gray matter atau didalam otak pula, saya pernah terbaca bahawa, apabila perbuatan yang sama dilakukan secara repetitive atau berulang-ulang selama beberapa hari atau beberapa bulan, cantuman-cantuman dan gabungan-gabungan neuron akan menjadi bertambah kuat dan memudahkan kita membuat sesuatu keputusan dan mengingati perbuatan tersebut.
Sudah tentu banyak pendapat lagi yang mendorong kearah pembentukan kelakuan dan habitual. Cabaran yang saya hadapi ialah bagaimana hendak mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut. Diharap diri ini tidak menjadi seperti pokok yang berbuah tetapi buat tidak boleh dimakan. Sepertimana adanya ilmu tetapi ilmu tidak diamalkan.