Monday, June 6, 2011

Basikal Baru

aisya syahmi basikal

Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan bagi mereka. Syahmi mendapat basikal baru. Aisyah tumpang sekali. Sesudah Syahmi bersusah-payah belajar menunggang basikal, tidak terbilang jatuh dan bangun semula tanpa jemu dan sedikit calar kepala lutut; beberapa kali terbabas ke dalam semak dan hampir masuk longkang; kereta jiran yang baru hampir-hampir menjadi mangsa calar. Bila sudah tiba masa, Syami menuntut basikal baru dari Abah. Katanya “hadiah” kerana sudah pandai berbasikal.

Untuk Syahmi, Syabas! Walaupun mungkin agak lewat untuk mendapat skill berbasikal ini, tetapi ia adalah “remark” sepanjang hayat. Pengalaman belajar basikal itu sebenar satu pengalaman yang akan digunakan sepanjang hayat. Satu-satu formula untuk berjaya dalam hidup ialah kesanggupan untuk belajar, jatuh-dan bangun tanpa jemu, cekal dan tekun, hasilnya insyaAllah, adalah satu kejayaan.

Bagi Abah, ia sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan memerlukan kecekalan, kekuatan dan kesungguhan walaupun pada awalnya ia nampak tipis dan sukar. Bravo!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails