2014 masih diawal tahun. Semangat tahun baru masih hangat dalam naluri. Hati kecil sekali lagi membisikkan - ayuh terus turun digelanggang blog ini!
Masa yang berlalu tidak akan kembali. Masa yang akan datang masih belum pasti. Kita hargai detik ini, kita amati ketika ini, kita selami saat ini - penitian masa begitu bermakna dan berharga untuk ditinggalkan begitu saja. Ianya lebih bermakna sekiranya dirakamkan dan diambil pengajaran. Sama-sama kita menitinya...This is it, we cherish every moment of it!
Friday, January 31, 2014
Kembali ke sini
Rupanya sudah hampir setahun saya tidak mengemaskini ruangan blog ini. Bukannya tidak ada perkara yang hendak diutarakan (kenapa utara ya?), malah mungkin banyak sehingga tak tertulis. Inilah akibatnya apabila terlalu menurut kata hati. Setiap kali memulakan penulisan, dikala itu jugalah hati membisikkan - siapa nak baca, apa orang kata, tak sesuailah, aku bukannya penulis dan bermacam-maxam lagi - akhirnya ianya tinggal sebagai "draft" saja. Apabila setahun berlalu tanpa sebarang cerita baru pada blog ini, betapa ruginya saya rasakan membiarkan masa berlalu begitu sahaja.