Monday, January 25, 2010

Will Google be replace with Bing?

Another interesting development in the industry - people would like to know the finale. When the giant who forefronts the technology and affecting many aspect of business, any change of its business course will create a new bearing to rest.
We would like to know what motivate Iphone from change its partner. People also would like to see how Bing (read Microsoft) will take advantage our of this.

Bing, without any strategic business move, will be difficult to keep up with Google and Yahoo. Though Yahoo is crumbling to maintain its position behind Google, Bing is tailing those two in terms of market share. Bing will be leveraging on Iphone market position to get bigger chunk of the search market.

in reference to:

"As recently as 2007, this would have been unthinkable: Google was the stalwart ally who'd helped Apple build the iPhone's Maps and YouTube applications, and Microsoft was the longtime nemesis whose 1997 $150 million investment was viewed by many as a deal with the devil. Google CEO Eric Schmidt even had a seat on Apple's board of directors, a position that could never have belonged to Microsoft founder Bill Gates or CEO Steve Ballmer. But the best of friends have a way of becoming the worst of enemies (just ask Erik Lehnsherr and Charles Xavier). Schmidt departed Apple's board, Apple rejected several of Google's iPhone apps, and now the two seem to be competing at every turn."
- Bing to replace Google on iPhone, say reports - Techworld.com (view on Google Sidewiki)

Sunday, January 24, 2010

Matahari terbenam di Putrajaya


Sunset at Putrajaya
Originally uploaded by jsaiful
Petang hari minggu, saya mengambil peluang untuk bersiar-siar di bandar siber Putrajaya. Sementara menunggu masuk waktu Maghrib untuk bersolat di Masjid Putrjaya, suasana tenang petang itu begitu tenang. Sayang sekira tidak dirakamkan suasana begini.

Thursday, January 7, 2010

Next…

Dalam temubualnya dengan wartawan mengenai masa yang panjang diambil olehnya untuk menghasilkan penemuan terbarunya, Thomas Edison menyingkap rahsia kejayaan besarnya. Wartawan bertanya apa perasaannya bila beliau gagal 10,000 kali didalam usaha untuk mendapat ciptaan terbarunya itu. Edison menempelak wartawan tersebut dengan berkata “orang muda, saya akan tunjukkan kamu sesuatu yang akan menjadi panduan kepada anda pada masa hadapan. Saya tidak pernah gagal apa-apapun sebanyak 10,000 kali. Apa yang saya lalui adalah saya telah berjaya menemukan 10,000 kali kaedah yang salah dan tidak betul.”

Ungkapan ini saya petik dari Zig Ziglar’s Little Intruction Book yang kadang-kadang saya belek. Buku kecil ini selalunya berada di atas meja disamping dokumen-dokumen kerja yang memenuhi ruang.

Ini bukan kali pertama saya membacanya ataupun mendengar cerita berkenaan. Namun saya harap saya dapat mengadaptasikan konsep tidak berjaya itu bukannya gagal tetapi mengasingkan atau removal kaedah yang salah.

Usaha ini diteruskan… Next!

Sunday, January 3, 2010

Demi Masa… apresiasikan perubahan!

Samada ianya tahun baru, bulan baru ataupun minggu yang baru, semuanya memberi makna bahawa masa tetap akan berlalu. Sedetikpun ia tidak menunggu kita sehinggalah kedetik terakhir hidup ini. Kita tetap akan rugi sekiranya tidak mengambil peluang pada masa sekarang dan seterusnya merancang untuk masa depan. Selalunya peluang tidak datang dua kali. Kita melalui zaman umur kita hanya sekali. Kita melalui zaman kanak-kanak hanya sekali. Begitu juga zaman remaja dan kedewasaan. Sekiranya semua peluang yang ada dipergunakan sepenuhnya, maka ia mencorakkan zaman selepas itu, iaitu zaman kematangan. Bagaimanapun dizaman mana kita sekalipun, kita masih mengharapkan masa akan datang yang lebih baik dari hari ini. Oleh itu demi masa yang begitu kita bergantung kepadanya, kita perlu menghargainya.

Perubahan masa membawa kita kearah yang lebih matang dari segi berfikiran dan membuat keputusan. Sememangnya begitulah pada kebiasaan. kata orang, masa hadapan kita ditentukan dengan melihat siapa sahabat kita dan  buku apa yang dibaca. Kalau melihat suasana hari ini dimana teknologi maklumat dan kemajuan komunikasi banyak mempengaruhi hidup kita. Teknologi ini kini merupakan keperluan penting dalam kehidupan seharian. Seperti juga pisau, sekiranya ia digunak dengan hati-hati dan untuk kebaikan, maka hasilnya adalah sesuatu yang bermanafaat. Sebaliknya sekiranya pisau digunakan dengan tidak hati-hati, ia mungkin boleh melukakan penggunanya. Juga pisau yang sama untuk memotong daging dan sayuran boleh digunakan oleh perompak untuk merompak dan menyamun. Oleh itu ianya hanya alat bagi kita. Bergantung kepada kita untuk memanafaatkan ataupun merosakkan hidup kita.

Bagi saya, IT dan komunikasi (ICT) adalah satu rahmat. Ia begitu mempengaruhi kehidupan saya dan keluarga saya – samada segi pekerjaan professional ataupun kehidupan harian bersama keluarga. Bagi mereka yang berpeluang melalui evolusio dan perubahan dibidang ICT semenjak 20 tahun lepas, ianya begitu ketara. Daripada telefon bimbit bersaiz briefcase, kini telefon bimbit bersaiz separuh tapak tangan. Satu ketika email adalah ekslusif penggunaannya kepada syarikat gergasi sahaja, kini kanak-kanak tadika pun sudah mempunyai akaun email. Internet pada satu ketika perkara yang pelik dan asing, malah susah untuk diterima penggunaannya, kini ianya boleh diakses dimana-mana. Malah bagi mereka yang memang dibesarkan didalam zaman kegilaan internet, tidak boleh menerima hakikat tidak dapat menggunakan internet walaupun seketika. Mobile broadband membuatkan mereka adalah sebahagian daripada internet dan internet adalah sebahagian dari mereka. Internet adalah satu komuniti baru yang mempunyai culture dan norm mereka sendiri.

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk menjadi cerdik Internet. Kita perlu mengambil apa yang internet tawarkan kepada kita dan ia menjanji masa depan yang berlainan dan peluang yang cerah. Kalau ianya tidak untuk kita, mungkin untuk generasi selepas kita….sekiranya saudara pembaca seangkatan dengan saya.

Friday, January 1, 2010

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails