Sunday, January 3, 2010

Demi Masa… apresiasikan perubahan!

Samada ianya tahun baru, bulan baru ataupun minggu yang baru, semuanya memberi makna bahawa masa tetap akan berlalu. Sedetikpun ia tidak menunggu kita sehinggalah kedetik terakhir hidup ini. Kita tetap akan rugi sekiranya tidak mengambil peluang pada masa sekarang dan seterusnya merancang untuk masa depan. Selalunya peluang tidak datang dua kali. Kita melalui zaman umur kita hanya sekali. Kita melalui zaman kanak-kanak hanya sekali. Begitu juga zaman remaja dan kedewasaan. Sekiranya semua peluang yang ada dipergunakan sepenuhnya, maka ia mencorakkan zaman selepas itu, iaitu zaman kematangan. Bagaimanapun dizaman mana kita sekalipun, kita masih mengharapkan masa akan datang yang lebih baik dari hari ini. Oleh itu demi masa yang begitu kita bergantung kepadanya, kita perlu menghargainya.

Perubahan masa membawa kita kearah yang lebih matang dari segi berfikiran dan membuat keputusan. Sememangnya begitulah pada kebiasaan. kata orang, masa hadapan kita ditentukan dengan melihat siapa sahabat kita dan  buku apa yang dibaca. Kalau melihat suasana hari ini dimana teknologi maklumat dan kemajuan komunikasi banyak mempengaruhi hidup kita. Teknologi ini kini merupakan keperluan penting dalam kehidupan seharian. Seperti juga pisau, sekiranya ia digunak dengan hati-hati dan untuk kebaikan, maka hasilnya adalah sesuatu yang bermanafaat. Sebaliknya sekiranya pisau digunakan dengan tidak hati-hati, ia mungkin boleh melukakan penggunanya. Juga pisau yang sama untuk memotong daging dan sayuran boleh digunakan oleh perompak untuk merompak dan menyamun. Oleh itu ianya hanya alat bagi kita. Bergantung kepada kita untuk memanafaatkan ataupun merosakkan hidup kita.

Bagi saya, IT dan komunikasi (ICT) adalah satu rahmat. Ia begitu mempengaruhi kehidupan saya dan keluarga saya – samada segi pekerjaan professional ataupun kehidupan harian bersama keluarga. Bagi mereka yang berpeluang melalui evolusio dan perubahan dibidang ICT semenjak 20 tahun lepas, ianya begitu ketara. Daripada telefon bimbit bersaiz briefcase, kini telefon bimbit bersaiz separuh tapak tangan. Satu ketika email adalah ekslusif penggunaannya kepada syarikat gergasi sahaja, kini kanak-kanak tadika pun sudah mempunyai akaun email. Internet pada satu ketika perkara yang pelik dan asing, malah susah untuk diterima penggunaannya, kini ianya boleh diakses dimana-mana. Malah bagi mereka yang memang dibesarkan didalam zaman kegilaan internet, tidak boleh menerima hakikat tidak dapat menggunakan internet walaupun seketika. Mobile broadband membuatkan mereka adalah sebahagian daripada internet dan internet adalah sebahagian dari mereka. Internet adalah satu komuniti baru yang mempunyai culture dan norm mereka sendiri.

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk menjadi cerdik Internet. Kita perlu mengambil apa yang internet tawarkan kepada kita dan ia menjanji masa depan yang berlainan dan peluang yang cerah. Kalau ianya tidak untuk kita, mungkin untuk generasi selepas kita….sekiranya saudara pembaca seangkatan dengan saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails