Friday, June 11, 2010

Kesyukuran kepada Allah SWT

Ayahanda saya selamat menjalani pembedahan coronary bypass pada tarikh semalam, hari Khamis 10 Jun 2010. Beribu kesyukuran kehadhrat Allah SWT diatas keselamatan semasa pembedahan dijalankan dan kejayaan kepada team pakar bedah yang berusaha menjayakannya. Kepada semua sanak-saudara, rakan-taulan dan rakan siber yang saya kenali secara personal atau secara talian,, saya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas doa dan harapan kalian.

Beliau kini masih di unit rawatan rapi sehingga beberapa hari lagi sebelum dipindahkan ke wad. Keadaannya sehingga waktu ini, alhamdulillah, stabil dan diharapkan bertambah baik.

Satu perkara yang saya begitu sanjung mengenai ayahanda. Semangatnya begitu kuat. Dia melalui segala ini dengan begitu tenang dan yakin sekali. Masih aku ingat pada insiden awal serangan lebih kurang sebulan yang lepas, bila saya bertanya keadaannya, beliau dengan penuh yakin keadaannya terkawal dan sakitnya tidaklah serius.

Pada serangan kali kedua iaitu pada minggu lepas, walaupun kali ini agak serius, beliau tetap tenang walaupun kelihatan terpaksa menahan kesakitan yang sekali-sekala dirasainya pada bahagian dada.

Bagi saya, insiden ini adalah ingatan kepada saya sendiri. Kesihatan diri adalah satu perkara yang tidak boleh take for granted. Walaupun sebelum ini memang saya ada mengawasi berat badan dan pengambilan diet yang seimbang, kini saya sedar, saya mesti melakukannya dengan lebih serius dan berobjektif.

Pada lain coretan, kita sambung lagi kisah diet.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails