Friday, June 4, 2010

Cabaran dan ujian Illahi

Ayahanda saya dimasukkan kehospital dua hari yang lepas. Dia mengadu sakit dada yang teruk pada tengah malam. Terus dibawa ke Hospital Kuala Terengganu. Doktor mengesahkan ia adalah serangan sakit jantung.

Ini serangan sakit jantung kedua dalam masa yang terdekat. Serangan yang pertama berlaku sebulan lepas tetapi agak mild. Pada serangan pertama, beliau dimasukkan ke wad. Dibenarkan keluar dua hari kemudian. Semalam, iaitu sehari selepas serangan yang kedua, adalah hari temujanji dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Ditakdirkan, sakitnya telah datang lebih awal.

Ayahanda saya akan dirawat di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada petang besok. Kami sekeluarga mengharapkan dan mendoakan agar ayahanda selamat menjalani rawatan dan kembali pulih seperti biasa.

Bagi kami ini adalah cabaran dan ujian Allah kepada hambanya. Kami bertawakkal dan berusaha. Semoga doa dan harapan kami dimakbulkan. Amin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails