Sunday, May 30, 2010

Sebelum Mekarnya di Taman

 

_DSC0163-Edit

Ros dikelopak, hanya beberapa ketika sebelum mekar. Aku berpeluang merakam saat-saat ini kerana tertarik dengan bentuknya yang unik dan warna yang menawan.

Bunga selalu dikaitkan dengan wanita. Bunga melambangkan dara sunti yang bakal dipetik sang kumbang. Bunga juga digemari oleh kaum hawa. Tapi adakah kaum adam tidak menggemari bunga? Tidak tepat begitu! Kaum adam menggemari bukan saja bunga tetapi semua yang cantik, tidak mengira samada bunga atau apa saja! Aku kira yang kaum adam kurang menggemari adalah menanam dan memelihara bunga. Itu agakan aku sahaja…mungkin ramai yang kurang setuju.

Bunga ini adalah dari taman aku (yang sekangkang kera luasnya). Aku jarang-jarang berkesempatan menikmati kelembutan warna merah ros yang menawan ini. Mungkin terlalu “sibuk” atau kurang peka – tak tahu yang mana satu. Oleh itu aku rakamkan disini untuk tatapan semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails