Friday, May 7, 2010

Tuah Ayam...


Tuah Ayam
Originally uploaded by jsaiful
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu... itu bidalan tentang ayam. Hari ini entah masih boleh dipakai entah tidak. Bagi saya, tuah itu datang dengan usaha yang gigih dan tidak pernah berputus asa, diiringi doa dan harapan yang sepenuhnya kepada yang Esa.

"Tuah ayam nampak dikaki" sudah tidak ada tempat dimasyarakat pada hari ini. Sekiranya ada lagi yang masih berfalsafah sedemikian dan berpegang kepada pemikiran bahawa manusia ini ada yang bertuah dan ada yang tidak bertuah, maka jadilah dia senasib dengan ayam ini.

Nasib ayam ini, kalau bertuah, masih dipelihara oleh tuannya. Diberinya makan dan minum yang cukup. Kerjanya berkokok pada dinihari. Namun tuah tidak selalu datang.

Pada hari yang lain, mungkin malang pula nasibnya. Apabila anak-anak tuan ayam ini balik kekampung dari perantauan, Si emak akan sibuk memikirkan apa nak dijamu anak-cucu yang pulang sekali-sekala ni. Kokokan ayam direban memberi ilham yang baik sebagai jamuan tradisional keluarga. Bertuahlah ayam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails