Tema alam semulajadi adalah pilihan aku. Tiga kura-kura berenang mengejar sesuatu menarik perhatianku. Sudah tentu untuk terus hidup, kura-kura ini akan terus berenang dan berenang kerana hanya ini sahaja yang adalah dalam kehidupan mereka...untuk terus hidup. Kita mengharapkan alam sekitar mereka ini tidak diganggu gugat oleh tangan-tangan manusia yang kadangkala hanya mementingkan diri sendiri sahaja.