Genap 30 hari kita berpuasa. Perasaan sedih dan gembira. Sedih kerana Ramadhan akan pergi jua meninggalkan kita. Turut pergi bersamanya kelebihan dan segala anugerah keberkatan oleh Allah swt kepada umatNya. Bagi yang berjaya merebut peluang tersebut, maka beruntunglah. Bagi mereka yang memandang sepi tawaran tersebut, maka peluang tidak datang untuk kali kedua. Sama-sama kita mendoakan agar kita digolongkan dikalangan mereka yang beruntung dan mendapat kerahmatan dari Allah diatas segala amal ibadat dibulan puasa.
Yang lebih penting, sejauh mana Ramadhan dan ibadat puasa berjaya membentuk diri kita kearah yang lebih baik. Bulan Ramadhan adalah "training ground". Sekira dibulan Ramadhan kita disuruh diperbanyakkan amalan kebajikan, kenapa tidak kita teruskan seterusnya? Sebulan kita bersolat Terawih berjemaah, kita teruskan dengan solat berjemaah. Qiamullail kita teruskan jadikan amalan kerana ia memberi kekuatan rohani dan jasmani. Pendekata, sebulan kita dilatih dengan satu rutin yang mendekatkan kita kepada Allah semoga ianya memberi makna yang besar kepada kita semua.
Doa kita semoga dipanjangkan umur dan diketemukan lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Selamat tinggal Ramadhan 1431H.
via my BlackBerry®