Saturday, September 4, 2010

Budak-Budak Jalan (Street Kids)

Ketika ini saya sedang berada di workshop menunggu kereta untuk di selenggara. Minggu depan akan bertolak balik kampung. Saya sempat membelek2 NST yang bertarikh beberapa hari yang lepas. Saya terkejut membaca berita mengenai kewujudan dan kehidupan street kids yang berkeliaran ditengah kota.

Alangkah sedihnya memikirkan kenapa keadaan begini harus berlaku. Bangunan usang dijadikan tempat berlindung. Remaja perempuan melacur diri. Dadah, heroin dan bermacam lagi adalah mainan saja. Entah apa lagi tak terdaya untuk fikirkan.

Mengikut laporan, Menteri Kebajikan Masyarakat membuat "lawatan"ke tempat mereka. Baguslah tu. Sekurang-kurangnya Menteri turun padang dan melihat sendiri masalah rakyat. Kita berharap masalah ini dikaji dan perhatian serius perlu diberikan oleh penggubal polisi. Ianya amat penting kerana melibatkan masalah institusi keluarga dan rumahtangga. Ia adalah building block asas kepada masyarakat dan negara. Sudah tentu bukan menteri seorang saja yang mesti memikirkannya tetapi semua pihak termasuk ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka sehingga perkara seperti ini berlaku. Kajian terpeinci dari semua sudut perlu dilakukan. Sudut sosio-ekonomi, pendidikan agama, perubahan arus pembangunan. Yang pasti banyak perkara asas yang mesti dikaji.

Kembali kepada saranan Islam yang mengutamakan kekuatan institusi kekeluargaan adalah jelas. Kurangnya asas ini bermakna masyarakat yang dibina rapuh pegangan dan tiada hala tuju sebenar kehidupan. Generasi baru akan dibesarkan dengan fikiran kosong dan tidak melihat kepada masa hadapan. Yang penting bagi mereka hanyalah survival. Kita bakal kehilangan aset yang penting sekira keutamaan kekeluargaan berdasarkan saranan Islam diabaikan.

Kereta masih belum siap dan masih menunggu di workshop.

Kepada rakan muslim, selamat berbuka puasa.
Sent via my BlackBerry® visit my blog at jsaiful.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails