Tuesday, December 29, 2009

Prasyarat - tidak merokok

Ia adalah satu cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, mungkin sukar dilaksanakan. Kita berharap pihak berkenaan akan mengadakan satu mekanisma untuk mengetahui seseorang itu memang tidak merokok semasa momohon bantuan dan seterusnya tidak langsung merokok selepas menerima bantuan tersebut.

Bukannya untuk memperkecilkan idea yang bernas ini tetapi rasanya pihak berkenaan perlu melihat isu ini seperti proses pemasaran. Mereka perlu melihat siapa target pasaran, macamana cara berkomunikasi untuk memasarkan dan apakah hasil pada akhirnya. Begitulah hakikatnya - siapakah target sebenar untuk menghindarkan tabiat merokok ini, macamana nak mendekatkan golongan ini dan pada akhirnya apa hasil yang kita harapkan.

Agaknya kalau kita sasarkan kempen ini kepada guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan menteri-menteri boleh jadi memberi kesan yang agak besar kepada masyarakat. Sama-sama kita fikirkan!

in reference to:

"Tidak merokok mungkin jadi prasyarat mohon bantuan K'jaan 28/12/2009 7:23pm KUALA LUMPUR 28 Dis. — Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutamanya belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga rokok sudah beberapa kali dinaikkan. "Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama"
- Utusan Malaysia Online - Terkini (view on Google Sidewiki)

Monday, December 28, 2009

Tahun Baru, Harapan Baru

Kita baru menyambut tahun baru hijriah 1431.Hari ini adalah hari ke-10 bulan Muharram, bulan pertama tahun Hijriah.  Pada hari Khamis terakhir Zulhijjah, rakan-rakan dan termasuk isteriku tersayang, masing-masing mengingatkan saya supaya tidak terlupa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Berbanyak terima kasih kepada saudara Hj. Mus yang bersusah-payah menghantar email yang mengandungi cetakan doa tersebut.

Hari ini pula, alhamdulillah, dapat saya menyempurnakan puasa sunat Muharam – juga berbanyak perhargaan diatas dorongan isteri tersayang. Puasa sunat memang penuh dengan dugaan dan halangan. Alangkah ruginya kalau tidak dilakukan kerana ia datang hanya sekali setahun sahaja. Kita semua tidak pasti samada akan ada lagi peluang itu pada tahun hadapan.

Tahun Hijrah mengimbau kembali kepada peristiwa hijrah Rasullullah SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini begitu penting dalam sejarah perkembangan Islam. Bertitik-tolak dari situlah, maka Islam berkembang pesat keseluruh dunia membawa panji-panji kebenaran dan mengubah cara hidup sekalian umat manusia zaman-berzaman.

Saban tahun apabila tiba maal hijrah, ustaz-ustaz, alim-ulamak dan cerdik-pandai Islam mengupas peristiwa ini dengan tujuan untuk mengambil iktibar. Mereka mengupasnya dari berbagai sudut pandangan dan aspek. Yang penting bagi kita, bagaimana kita boleh memahami peristiwa dari sudut kehidupan mukmin kontemporari.

Saya bukan seorang ustaz mahupun bukan pakar sejarah Islam. Saya cuba mencari-cari satu pandangan dan huraian dari peristiwa dari sudut teori kepimpinan. Seterusnya resolusi tersebut memboleh kita menerapkan nilai-nilai tersebut didalam kehidupan seharian – samada dibidang kekeluargaan mahupun didalam bidang professional.

Bersambung…

Saturday, December 26, 2009

Syabas Polis

Syabas diatas kecekapan dan integriti yang ditunjukkan oleh anggota polis didalam menjalankan tugas mendaulatkan undang-undang. Kita semua faham tugas polis bukannya mudah dan risikonya tinggi. Begitu juga bahawa anggota polis juga adalah manusia biasa yang mungkin membuat kesilapan. Walaubagaimana pun apa yang ditunjukkan disini membuktikan bahawa anggota polis kita begitu cekap dan berkewibawaan tinggi. Ini meyakinkan lagi kita rakyat biasa sebagai penjaga keselamatan negara.

Syabas sekali lagi.

in reference to: myMetro (view on Google Sidewiki)

Thursday, December 24, 2009

Doesn't sound good!

This doesn't sound good. The only one or two successful series do not get them to anywhere yet. They should be together with the same company and product many more successful stories, then they can think to go on their own.

Looking at the multimedia and animation industry in Malaysia, it is still young. Les Copaque is among the first and could be the most successful company so far if we judge from Upin and Ipin popularity. But one cannot be so proud with one good story. It should not end there.

With the set up of their own by the original boys of Les Copaque, it mean they will start from all over again. It will be unnecessary to the industry and to the company. For one brand or story to be picked up by public, it will take another marketing cycle again - looks like at least two years or more, if based on Upin and Ipin.

Again, as the Malaysia market is not that big, it may not be necessary for this time Malaysia to have many competing animation studio. Though it may be targeted for global market, local players should not competing but it is better to be under one roof.

I believe we need to wait for at least another two year before we can meet another new local animation here come in public. Surely my little daughter will miss Upin and Ipin new story.
in reference to:
"Tuesday December 8, 2009 Monstas on the loose By JO TIMBUONG intech@thestar.com.my After giving Malaysians the adorable duo, Upin and Ipin, the boys from Les Copaque are out to make a name of their own. HELPING OTHERS: (l-r) Animonsta team members Kee, Anas, Mohd Safwan Ab Karim and Nizam at their new home in MAC3, Cyberjaya. THEY are known as the ­creators of the popular Upin dan Ipin series, but the ­original boys of Les Copaque have since left the outfit to set up one of their own, called Animosta Studios."
- Monstas on the loose (view on Google Sidewiki)

Sunday, December 20, 2009

Pencuri o… pencuri!

PIC_0132 Saya terpandang pada poster terpampang  merata-rata di dalam tandas R&R Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kelakar dan serius kedua-duanya ada. Macamanapun syabas saya ucapkan kepada pihak pengurusan R&R – TDM  kalau tak salah saya. Ianya begitu berkesan dalam mengingatkan pengguna tandas yang mungkin lupa langsung tentang pakaiannya yang tergantung pada pintu tandas. Terfikir juga saya, adakah pernah terjadi perkara sedemikian ataupun hanya sekadar ingatan pihak pengurusan kepada pengguna? Kalau ianya betul, alangkah malangnya mangsa tersebut. Harap-harap jangan jadi macam adegan lucu cerita Mr. Bean yang terkunci pintu diluar bilik hotelnya.

Terbayangkan sekiranya kejadian tidak diingini ini terjadi kepada saudara. Apakah tindakan spontan yang saudara akan lakukan? Tak termampu untuk coretkan di sini. Hanya yang melaluinya dan mengalaminya sahaja yang tahu apa perasaan.

PIC_0134 Soal keduanya, adakah masyarakat kita hari ini sudah sudah hilang arah tuju? Hidup kita sudah tidak aman dan segenap tempat, kita tidak boleh walaupun sesaat, lupa kepada pemangsa yang menanti-nanti mangsa yang selalu lupakan “jerat”.

Semakin hari, semakin bertambah kejadian jenayah didalam masyarakat kita. Dimanakah silap kita? Adakah ini harga yang kita mesti bayar diatas nama kemajuan? Ataupun ini adalah akibat dari sikap dan perbuatan kita sendiri? Sama-sama kita fikirkan….

Tuesday, December 8, 2009

The truth

Elizabeth Ayres in her book “Writing the Wave”:

“The truth is, each human being is Wisdom’s child, and has something interesting to say. After intimate participation in the creative development of thousands of writers, I can say with conviction: it’s not about talent. It’s about commitment. If you stick with it long enough, something worthy is bound to come out, just as surely  as corn shoots up from kernels…”

I am stuck again. It is as if the idea juice has dried up though in the monsoon season. Instead, I keep reading instead of writing… before going to bed.

Good night!

Monday, December 7, 2009

Dulu lain, sekarang lain

Bila Dunia Disney memahkotakan watak puteri raja berbangsa Afrika-Amerika, bagi rakyat Amerika ia membawa makna seolah-olah polariti perkauman mereka semakin berubah. Ianya dilihat selari pula dengan pemilihan Obama sebagai Presiden.

Bagaimanapun bagi saya, ianya hanyalah satu kreativiti perfileman dan gimik pemasaran sahaja. Semakin pelik dan tidak terfikir oleh seseorang sebelum ini, maka semakin mudahlah aktiviti pemasaran dan semakin tinggilah potensi filem tersebut.

Jadi tidak ada apa yang boleh ditonjolkan oleh keadaan ini melainkan ianya sebuah lagi filem animasi yang mengkhayalkan. Mungkin juga aku akan berkhayal bersama yang lain di pawagam nanti...

in reference to: Utusan Malaysia Online - Luar Negara (view on Google Sidewiki)

“Abah, boleh main ABC?”

DSC_0200_446 Dunia kanak-kanak hanyalah bermain dan bergembira. Kita orang dewasa boleh memahami dunia mereka duduk bersama mereka dan meluangkan masa bersama mereka. Ini seolah-olah menjadikan kita balik kezaman kanak-kanak semula seperti anak-anak kita. Itulah juga satu kepuasan bagi anak-anak kita.

Sayang atau “love” dieja M.A.S.A atau T.I.M.E dalam BI. Apa-apa sekalipun ia memberi maksud yang serupa. Masa yang kita gunakan untuk bermain atau bersama anak kecil kita begitu bermakna. Masa tersebut berlalu hanya sekali seumur hidup anak tersebut. Apa yang kita lalui dan pengalaman yang kita alami pada ketika itu tidak akan berulang lagi seumur hidup kita.

Pengalaman saya sendiri mengiyakan bahawa sekira kita tidak mengambil kesempatan untuk bersama anak semasa ianya masih kecil, kita akan menyesal bila anak tersebut sudah berada pada tahap umur yang lebih meningkat. Disatu ketika nanti apabila anak kita sudah meningkat dewasa, kita akan cuba membayangkan saat ketika ia masih kecil dahulu dan bagaimana kita merindui gelak-ketawa dan senda-gurau bersama mereka. Suasana riang itu  hanya ada sekiranya kita memang melalui saat manis bersama mereka pada masa yang lepas. Sekiranya tidak, ia bergantung kepada keadaan samada boleh atau tidak  kita mengganti semula saat-saat tersebut dengan peluang yang akan datang. Bagi setengah dari kita, mungkin masih terlalu lewat.

Bagi saya, semuanya masih belum terlambat. Segala kesempatan yang ada akan saya gunakan untuk membentuk satu keluarga yang harmoni dalam suasana yang positif. Yang pasti, suasana positif bermula dengan kita yang berfikiran positif. Membentuk fikiran positif, kita harus memupuk segala yang datang kepada kita kedalam suasana yang positif dan menghindarkan fikiran dari dilingkungi oleh perkara-perkara yang negatif.

Sunday, December 6, 2009

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails