Monday, December 28, 2009

Tahun Baru, Harapan Baru

Kita baru menyambut tahun baru hijriah 1431.Hari ini adalah hari ke-10 bulan Muharram, bulan pertama tahun Hijriah.  Pada hari Khamis terakhir Zulhijjah, rakan-rakan dan termasuk isteriku tersayang, masing-masing mengingatkan saya supaya tidak terlupa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Berbanyak terima kasih kepada saudara Hj. Mus yang bersusah-payah menghantar email yang mengandungi cetakan doa tersebut.

Hari ini pula, alhamdulillah, dapat saya menyempurnakan puasa sunat Muharam – juga berbanyak perhargaan diatas dorongan isteri tersayang. Puasa sunat memang penuh dengan dugaan dan halangan. Alangkah ruginya kalau tidak dilakukan kerana ia datang hanya sekali setahun sahaja. Kita semua tidak pasti samada akan ada lagi peluang itu pada tahun hadapan.

Tahun Hijrah mengimbau kembali kepada peristiwa hijrah Rasullullah SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini begitu penting dalam sejarah perkembangan Islam. Bertitik-tolak dari situlah, maka Islam berkembang pesat keseluruh dunia membawa panji-panji kebenaran dan mengubah cara hidup sekalian umat manusia zaman-berzaman.

Saban tahun apabila tiba maal hijrah, ustaz-ustaz, alim-ulamak dan cerdik-pandai Islam mengupas peristiwa ini dengan tujuan untuk mengambil iktibar. Mereka mengupasnya dari berbagai sudut pandangan dan aspek. Yang penting bagi kita, bagaimana kita boleh memahami peristiwa dari sudut kehidupan mukmin kontemporari.

Saya bukan seorang ustaz mahupun bukan pakar sejarah Islam. Saya cuba mencari-cari satu pandangan dan huraian dari peristiwa dari sudut teori kepimpinan. Seterusnya resolusi tersebut memboleh kita menerapkan nilai-nilai tersebut didalam kehidupan seharian – samada dibidang kekeluargaan mahupun didalam bidang professional.

Bersambung…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails