Sunday, December 20, 2009

Pencuri o… pencuri!

PIC_0132 Saya terpandang pada poster terpampang  merata-rata di dalam tandas R&R Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kelakar dan serius kedua-duanya ada. Macamanapun syabas saya ucapkan kepada pihak pengurusan R&R – TDM  kalau tak salah saya. Ianya begitu berkesan dalam mengingatkan pengguna tandas yang mungkin lupa langsung tentang pakaiannya yang tergantung pada pintu tandas. Terfikir juga saya, adakah pernah terjadi perkara sedemikian ataupun hanya sekadar ingatan pihak pengurusan kepada pengguna? Kalau ianya betul, alangkah malangnya mangsa tersebut. Harap-harap jangan jadi macam adegan lucu cerita Mr. Bean yang terkunci pintu diluar bilik hotelnya.

Terbayangkan sekiranya kejadian tidak diingini ini terjadi kepada saudara. Apakah tindakan spontan yang saudara akan lakukan? Tak termampu untuk coretkan di sini. Hanya yang melaluinya dan mengalaminya sahaja yang tahu apa perasaan.

PIC_0134 Soal keduanya, adakah masyarakat kita hari ini sudah sudah hilang arah tuju? Hidup kita sudah tidak aman dan segenap tempat, kita tidak boleh walaupun sesaat, lupa kepada pemangsa yang menanti-nanti mangsa yang selalu lupakan “jerat”.

Semakin hari, semakin bertambah kejadian jenayah didalam masyarakat kita. Dimanakah silap kita? Adakah ini harga yang kita mesti bayar diatas nama kemajuan? Ataupun ini adalah akibat dari sikap dan perbuatan kita sendiri? Sama-sama kita fikirkan….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails