Tuesday, December 29, 2009

Prasyarat - tidak merokok

Ia adalah satu cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, mungkin sukar dilaksanakan. Kita berharap pihak berkenaan akan mengadakan satu mekanisma untuk mengetahui seseorang itu memang tidak merokok semasa momohon bantuan dan seterusnya tidak langsung merokok selepas menerima bantuan tersebut.

Bukannya untuk memperkecilkan idea yang bernas ini tetapi rasanya pihak berkenaan perlu melihat isu ini seperti proses pemasaran. Mereka perlu melihat siapa target pasaran, macamana cara berkomunikasi untuk memasarkan dan apakah hasil pada akhirnya. Begitulah hakikatnya - siapakah target sebenar untuk menghindarkan tabiat merokok ini, macamana nak mendekatkan golongan ini dan pada akhirnya apa hasil yang kita harapkan.

Agaknya kalau kita sasarkan kempen ini kepada guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan menteri-menteri boleh jadi memberi kesan yang agak besar kepada masyarakat. Sama-sama kita fikirkan!

in reference to:

"Tidak merokok mungkin jadi prasyarat mohon bantuan K'jaan 28/12/2009 7:23pm KUALA LUMPUR 28 Dis. — Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutamanya belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga rokok sudah beberapa kali dinaikkan. "Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama"
- Utusan Malaysia Online - Terkini (view on Google Sidewiki)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails