Bila Dunia Disney memahkotakan watak puteri raja berbangsa Afrika-Amerika, bagi rakyat Amerika ia membawa makna seolah-olah polariti perkauman mereka semakin berubah. Ianya dilihat selari pula dengan pemilihan Obama sebagai Presiden.
Bagaimanapun bagi saya, ianya hanyalah satu kreativiti perfileman dan gimik pemasaran sahaja. Semakin pelik dan tidak terfikir oleh seseorang sebelum ini, maka semakin mudahlah aktiviti pemasaran dan semakin tinggilah potensi filem tersebut.
Jadi tidak ada apa yang boleh ditonjolkan oleh keadaan ini melainkan ianya sebuah lagi filem animasi yang mengkhayalkan. Mungkin juga aku akan berkhayal bersama yang lain di pawagam nanti...
Masa yang berlalu tidak akan kembali. Masa yang akan datang masih belum pasti. Kita hargai detik ini, kita amati ketika ini, kita selami saat ini - penitian masa begitu bermakna dan berharga untuk ditinggalkan begitu saja. Ianya lebih bermakna sekiranya dirakamkan dan diambil pengajaran. Sama-sama kita menitinya...This is it, we cherish every moment of it!